KUALA LUMPUR: Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza hari ini ditahan kerana dipercayai memuat naik karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebooknya semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Fahmi Reza ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi.
Beliau berkata polis akan memohon perintah reman di mahkamah esok.
"Hantaran berkenaan telah mengundang kemarahan masyarakat yang menyifatkannya sebagai keterlaluan. Ia telah mendapat 12,000 respons termasuk 3,400 komen dan dikongsikan sebanyak 966 kali sejak dimuat naik.
"Kes berkenaan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Abd Jalil berkata kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
"Orang ramai digesa supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak serta prihatin terhadap isu-isu sensitif yang menyentuh institusi diraja, sensitiviti agama dan kaum agar tidak menggugat keharmonian negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Fahmi Reza ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi. - Gambar fail/ Bernama
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada kebenaran diberikan kepada Fahmi Reza - USM
Tiada permohonan daripada mana-mana pihak termasuk Mohd Fahmi sendiri berhubung program yang dinamakan sebagai Kelas Demokrasi Fahmi Reza @ USM itu.
Fahmi Reza dilepas tanpa dibebaskan tuduhan buat hantaran jelik di media sosial
Ia berhubung pertuduhan penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.
Kes komunikasi jelik: Fahmi Reza kemuka representasi kepada Jabatan Peguam Negara
Surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.
Fahmi Reza ditahan polis, muat naik karikatur monyet berseragam istana
Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza hari ini ditahan kerana dipercayai memuat naik karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebooknya semalam.
Fahmi Reza didakwa lagi buat hantaran jelik di media sosial
Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.
Fahmi Reza didakwa buat hantaran jelik berhubung isu kuarantin menteri di Twitter
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Fahmi Reza ditahan polis, isu karikatur kontroversi 'Keluarga Malaysia'
Pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi ditahan polis melibatkan karikatur -Keluarga Malaysia- yang merupakan slogan digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Poster sardin: Polis panggil Fahmi Redza minggu hadapan
Polis akan memanggil aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza minggu hadapan berhubung kontroversi poster sardin dan ayam.
Isu poster 'sardin': Polis buka siasatan terhadap Fahmi Reza
Polis membuka siasatan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza berhubung kontroversi poster 'sardin dan ayam' melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.